Menu Close

5 Kerja Part Time Untuk Student

part time picture

"Rasa macam nak berhenti je belajar ni,
susah betul bila tak ada duit"

Kebanyakkan daripada kita pasti pernah merasai perkara begini semasa zaman menjadi pelajar.

Duit yang ada hanya cukup-cukup sahaja untuk beli makan dan buku je.

Nak berhenti belajar, sayang pula.

Tapi keperluan untuk mencari duit bagi menampung kehidupan terus mendesak.

Jangan risau! Ini adalah 5 kerja part time yang sesuai untuk student.

1. Tutor

Student adalah orang yang pandai belajar. Setiap pelajar mempunyai kepakaran atau subjek kegemaran. 

Apa salahnya untuk gunakan kepakaran untuk menjana wang? 

Student boleh mencari pusat tuisyen berdekatan dengan kolej atau universiti untuk menjadi menjadi seorang tutor bebas. Mungkin boleh mengajar lingkungan pelajar sekolah rendah dan pelajar menengah .

2. Personal Shopper

Bagi pelajar yang mempunyai memiliki pengetahuan luas berkenaan produk yang tersedia di pasaran, mereka boleh mencuba untuk menjadi personal shopper. 

Tugas utama personal shopper adalah memahami keinginan dan gaya hidup customer seterusnya mencari produk yang sesuai. 

Antara yang menjadi tumpuan pelanggan ialah pendapat mengenai pemilihan pakaian ,hadiah dan perbelanjaan gadget. Selain daripada menjana wang , mereka juga dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk bersosial.

3. Online Business

Online business juga sesuai untuk dijadikan sebagai kerja sambilan  untuk pelajar .online business hanya melibatkan menjual produk,layanan,interaksi dan melakukan transaksi melalui platform atas talian.

Akan tetapi pelajar juga perlulah berhati hati dan menjadi penjual yang amanah kerana urusan jual beli atas talian mempunyai risiko  ditipu mahupon menipu .pelajar juga dapat menimba ilmu dari mencari pengalaman dalam menguruskan business.

Pelajar boleh melakukan aktiviti “post”barangan jualan pada hujung minggu supaya tidak menganggu kelas harian.

4. Influencer

Dengan menjadi influencer, pelajar  juga dapat meraih wang tepi. Influencer cenderung menceritakan aktiviti harian mereka, pendapat atau cadangan melalui media sosial. 

Mereka akan meraih keuntungan apabila mereka mempunyai “followers“ yang ramai dan “content” yang diajukan sesuai dengan jiwa pengikutnya. 

Selain itu, apabila mereka mendapat tumpuan rakyat, mereka akan juga mendapat tumpuan seller untuk promote barang yang mereka jual. Dengan ini sellers akan bayar influencer kerana telah bekerjasama dengan mereka.

5. Blogger

Untuk pelajar yang minar untuk menggunakan gaya komunikasi yang lebih formal dan suka pada penulisan, mereka boleh menyampaikan informasi, cerita panduan atau pemikiran yang lebih mendalam melalui artikal di blog atau laman web. 

Mereka akan menjana pendapat melalui iklan yang dipapar di blok mereka, penulisan yang menulisan konten dan dibayar, atau menciptakan produk digital seperti ebook.

Kongsi Melalui:

Related Posts