Menu Close

3 Punca Pelajar Gagal Urus Kewangan Dengan Baik

“Susahnya jadi student ni, belajar stress, duit pulak manjang tak ada..huhu..”

 

Pelajar adalah individu yang menjadi tonggak harapan kepimpinan sesebuah negara. Mereka ialah golongan terpelajar yang diharap dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan masyarakat.

Namun begitu, untuk ‘survive‘ sebagai seorang pelajar bukanlah mudah kerana mereka ini secara amnya tiada sumber pendapatan yang konsisten seperti golongan bekerja.

Ya betul, mereka boleh mencari pendapatan sampingan seperti bekerja secara ‘part-time‘ tetapi masih lagi terikat dengan komitmen kelas dan tugasan kuliah secara hakiki, menjadikan agenda mencari duit atau pendapatan sebagai perkara kedua dalam hidup mereka.

Justeru, berjimat dalam berbelanja duit saku dan biasiswa atau pinjaman pembelajaran merupakan alternatif popular yang sering dititikberatkan oleh golongan ini.

Akan tetapi, mengapa pelajar seringkali dikaitkan dengan isu kegagalan mengurus kewangan dengan baik meskipun mereka ini boleh dikatakan sebagai kelompok golongan bijak pandai dalam masyarakat?

Ini 3 puncanya:

1. Mementingkan trend yang tidak wajib diikuti

Gambar hiasan

Pelajar lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya atau keadaan sekeliling. Contohnya seperti trend pembelian alat solek dan baju yang ‘up-to-date‘. Mereka terjebak dgn isu ini kerana mereka terpengaruh dengan rakan sebaya atau keadaan sekeliling.

Contohnya, golongan remaja terutamanya remaja perempuan lebih meminati alat solek dan fesyen baju.

Tidak salah untuk mengikuti trend fesyen semasa, tetapi berpada-pada agar tidak menjerat bank akaun sendiri di kemudian hari!

2. Keinginan vs Keperluan

Gambar hiasan

Sebagai seorang pelajar, mereka bertanggungjawab merealisasikan impian mereka untuk berjaya di menara gading.

Namun begitu, dalam mencapai impian, mereka perlu sedar bahawa mereka mempunyai banyak komitmen. Mereka perlu membeli buku untuk kuliah, cetak nota dan lain-lain.

Justeru mereka tidak boleh berbelanja berlebihan dengan alasan ‘self reward‘ semata-mata. Tetapi, ada juga setengah pelajar berpendapat mereka boleh berbelanja berlebihan melebihi kemampuan sebagai ‘self-reward‘.

Akibatnya hujung bulan selepas duit biasiswa atau ptptn habis, makan maggie bahagi 3 untuk sehari je la jawabnya! 🥺

3. Tidak mahu mengangguhkan pembelian yang tidak perlu.

Gambar hiasan

Sesetengah pelajar sanggup menghabiskan keseluruhan duit pinjaman atau biasiswa belajar semata-mata untuk membeli telefon berjenama mahal walaupun tidak menggunakan sepenuhnya fungsi telefon tersebut.

Ada juga yang menghabiskan bajet belajar dengan membelanjakan hobi atau minat. Menjadi pelajar bukan bermakna kita meninggalkan terus hobi atau minat kita.

Tetapi, cukuplah sekadar berpada-pada. Andai minat membaca novel, cukuplah sekadar 1-2 buah sebulan, orang kata buat ghaso-ghaso 😉

 

Menuntut ilmu memerlukan pengorbanan fizikal, mental dan ekonomi yang kuat. Belajarlah untuk bersabar sedikit, kelak manisnya akan tiba jua.

 

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts