Menu Close

Bosan duduk rumah lama sangat? Jom melancong ke angkasa lepas!

angkasa lepas picture

Gambar oleh https://www.instagram.com/drsheikhmuszaphar

Semasa kita kecil, impian untuk pergi ke angkasa lepas merupakan perkara yang hampir mustahil bagi kita. Wajib belajar pandai-pandai, jadi angkasawan baru boleh pergi ke sana. Tapi siapa sangka, zaman 2021, sesiapa sahaja boleh ke sana asalkan anda ber-Wang.

 

Kini Virgin Galactic menawarkan tiket pelancongan angkasa lepas bermula dengan harga USD$450,000.

 

virgin-galactic-u22

 

Pembeli berpeluang untuk memilih sama ingin menempah tempat duduk seorang, pakej bersama keluarga dan rakan ataupun keseluruhan pesawat. Virgin Galactic sasar sekurang-kurangnya 400 penerbangan setahun. Setiap penerbangan akan mempunyai 2 orang juruterbang dan 6 orang penumpang. Penerbangan dan pendaratan akan dilakukan di Spaceport Amerika, New Mexico.

Virgin Galactic merupakan syarikat penerbangan angkasa lepas milik Richard Branson. Richard Branson merupakan pengasas Virgin Group, sebuah syarikat multinasional terkenal British.

Sebelum ini, Virgin Galactic menawarkan harga tiket USD$250,000 tetapi dihentikan seketika pada tahun 2014. Hal ini kerana pesawat SpaceShipTwo miliknya meletup selepas dua minit berlepas ke udara dalam sesi ujian bahan api sehingga menyebabkan kematian seorang juruterbang.

 

Virgin Galactic SpaceShip Two crash
Bangkai kapal dari SpaceShipTwo Virgin Galactic yang dirakam dari rakaman video KNBC dari Mojave, California pada 31 Oktober 2014.

 

Namun begitu, orang ramai terutamanya golongan kaya dan elit masih lagi percaya dengan kredibiliti Virgin Galactic. Setakat ini, lebih 600 tempahan telah diterima. Antara individu terkenal yang dipercayai telah menempah pelancongan angkasa lepas ialah Lady Gaga, Justin Bieber, Leonardo DiCaprio, Tom Hanks, Brad Pitt, Angelina Jolie.

 

 

Sebenarnya, bukan Richard Branson sahaja terlibat dalam industri pelancongan angkasa lepas, malah bilionair lain seperti Jeff Bezos dan Elon Musk juga terlibat dalam industri ini.

Syarikat pelancongan angkasa lepas Blue Origin milik Jeff Bezos manakala SpaceX milik Elon Musk masing-masing dalam perlumbaan untuk mengukuhkan kedudukan dan keselamatan dalam industri teknologi maju ini.

 

July 20, 2021: Jeff Bezos space flight news
Dari kiri: Oliver Daemen, Wally Funk, Jeff Bezos, Mark Bezos

 

Elon Musk's SpaceX Prepares for 2 Ambitious Launches This Weekend | Inc.com
Elon Musk bersama SpaceX

 

Impian masa kecil kita untuk ke angkasa lepas boleh menjadi kenyataan meskipun kita bukan seorang angkasawan. Berusahalah jadi manusia yang ber-wang supaya dapat lunaskan impian ini. Tiada perkara yang mustahil jika kita mempunyai keazaman yang kuat dan usaha yang bijak.

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts