Menu Close

10 Bilionair Terkaya Di Rusia

rusia picture

Gambar oleh Maksim Blinov/Getty Images

Baru-baru ini kecoh dengan insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Pencerobohan ini bukan sahaja memberi impak terhadap keselamatan rakyat, malah kepada kemakmuran ekonomi kedua-dua buah negara.

Rata-rata bilionair tidak begitu senang dengan konflik geopolitik yang berlaku.

Tahukah anda, Rusia merupakan negara kelima yang mempunyai bilionair teramai di dunia selepas Amerika Syarikat, China, India dan Jerman?

Jom kita kenali 10 orang bilionair terkaya di Rusia.

1. Alexey Mordashov dan keluarga

  • Nilai bersih: $29.1 bilion
  • Sumber kekayaan: keluli dan pelaburan
Sumber : Alexei Nikolsky/Russian presidential press service/TASS

Beliau merupakan anak kepada bekas pekerja kilang keluli Soviet. Alexey Mordashov memegang majoriti saham dalam syarikat keluli.

Anak kepada dua pekerja kilang keluli Soviet ini ialah pemegang saham majoriti syarikat keluli Severstal, di mana beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif selama 19 tahun sebelum meletakkan jawatannya pada 2015.

Peningkatan saham syarikat persendiriannya, NordGold telah membantu melonjakkan Mordashov daripada orang keempat terkaya Rusia kepada orang terkaya di negara itu pada tahun 2020.

2. Vladimir Potanin

  • Nilai bersih: $27 bilion
  • Sumber kekayaan: besi

 

Sumber : Chris J. Ratcliffe/Bloomberg

Potanin  mempunyai 35% pegangan dalam Nornickel, syarikat pengeluar nikel dan paladium terkemuka global.

Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan kontroversi memberi skim pinjaman untuk saham. Skim ini membantu orang Rusia berkepentingan politik untuk memiliki syarikat milik kerajaan semasa proses penswastaan giat dijalankan oleh Rusia pada sekitar tahun 1990-an.

3. Vladimir Lisin

  • Nilai bersih: $26.2 bilion
  • Sumber kekayaan: besi, pengangkutan
Sumber : russiabusinesstoday.com

Beliau merupakan pemegang saham utama dalam Novolipetsk Steel, syarikat keluli keempat terbesar di Rusia.

4. Vagit Alekperov

  • Nilai bersih: $24.9 bilion
  • Sumber kekayaan: minyak mentah
Sumber : upstreamonline.com

Alexperov merupakan bekas pekerja pelantar minyak di lautan Caspian sebelum beliau menjadi bekas timbalan Menteri Minyak Dan Gas Rusia pada sekitar tahun 1990-an. Beliau juga merupakan pengasas dan memiliki lebih kurang 30% pegangan saham dalam Lukoil, syarikat minyak multninasional Rusia.

5. Leonid Mikhelson

  • Nilai bersih: $24.9 bilion
  • Sumber kekayaan: gas, kimia
Sumber : Atle Staalesen/thebarentsobserver.com

Mikhelson pernah bekerja sebagai mandur di sebuah syarikat pembinaan perpaipan gas. Steleah beliau berhenti, beliau menjadi rakan kongsi dengan Gennady Timchenko dalam mengasaskan syarikat gas asli Novatek dan petrokimia Sibur.

6. Gennady Timchenko

  • Nilai bersih: $22 bilion
  • Sumber kekayaan: minyak dan gas
Sumber : vyapaarjagat.com

Beliau memegang kepentingan dalam syarikat gas asli Novatek dan petrokimia Sibur. Timchenko juga dikatakan mempunyai hubungan yang agak rapat dengan presiden Rusia, Vladimir Putin. Beliau juga merupakan pengasas Volga Group, syarikat pelaburan yang banyak terlibat dalam bisnes aset infrastuktur, tenaga dan pengangkutan.

7. Alisher Usmanov

  • Nilai bersih: $18.4 bilion
  • Sumber kekayaan: keluli, telekom dan pelaburan
Sumber : Getty Images

Usmanov membuat kekayaan pertamanya dengan menghasilkan beg plastik, satu barangan komoditi yang terhad di negara bekas Kesatuan Soviet ketika itu. Beliau merupakan antara pelabur awal dalam Facebook dan syarikat elektronik China, Xiaomi. Namun begitu, aset terbesar beliau sebenarnya datang melalui 49% pegangan saham dalam syarikat gergasi bijih besi dan keluli, Metalloinvest.

8. Andrey Melnichenko

  • Nilai bersih: $17.9 bilion
  • Sumber kekayaan: arang batu, baja
Sumber : celebritycowboy.com

Perniagaan pertama Melnichenko ialah rangkaian gerai pertukaran mata wang yang dimulakan pada sekitar tahun 1990-an. Beliau turut memiliki kepentingan saham dan pengasas untuk syarikat pengeluar baja EuroChem Group  dan syarikat tenaga arang batu SUEK.

9. Pavel Durov

  • Nilai bersih: $17.2 bilion
  • Sumber kekayaan: Telegram
Sumber : Getty Images

Digelar sebagai Zuckerberg Rusia, Durov mengasaskan platform media sosial Vkontakte pada seawal usia muda 22 tahun sebelum mengasaskan aplikasi perhubungan popular Telegram pada tahun 2013.

10. Suleiman Kerimov dan keluarga

  • Nilai bersih: $ 15.8 bilion
  • Sumber kekayaan: pelaburan
Sumber : nairametrics.com

Sebagai seorang ahli ekonomi profesional, Kerimov terkenal dengan gaya melabur dalam syarikat yang bermasalah di Rusia.

Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Beliau pernah membuat pertaruhan besar pada bank pelaburan. Namun begitu krisis kewangan pada tahun 2008 telah menyebabkan beliau kerugian berbilion-bilion. Beliau bangkit semula dengan memiliki 59% saham dalam Polyus, syarikat pengeluar emas terbesar Rusia. Rusia merupakan negara ketiga pengeluar emas terbesar di dunia.

Nota: Nilai bersih adalah dikira menggunakan harga saham dan tukaran asing pada 5 Mac 2021.

Sumber: Forbes.com

 

Kongsi Melalui:

Related Posts