Menu Close

Kenali 8 Pelabur Hebat Sepanjang Zaman

pelabur picture

Gambar oleh Nati Harnik/AP Photo

Pelabur dan pengurus wang yang hebat kelihatan sungguh seksi. Pelabur yang hebat mendapat keuntungan daripada kejayaan mereka dan dalam kebanyakkan kes turut membantu berjuta-juta orang mencapai pulangan yang serupa.

Pelabur hebat juga mempunyai strategi dan falsafah yang berbeza dalam pelaburan. Mereka seringkali mempunyai cara tersendiri dalam menganalisis pelaburan mereka berbanding orang biasa yang melabur ikut gerak hati dan bergantung kepada nasib saja.

Kenali 8 pelabur terhebat di dunia.

1. Benjamin Graham

(9 Mei 1984 – 21 September 1976)

Sumber: detakhukum.com

Ben Graham merupakan seorang pengurus pelaburan dan pendidik kewangan. Beliau terkenal sebagai bapa kepada 2 asas disiplin pelaburan popular masa kini iaitu security analysis dan value investing.

Beliau juga merupakan antara individu yang banyak mengajar Warren Buffet dalam pelaburan dan pengurusan dana.

2. Thomas Rowe Price Jr

(16 Mac 1898 – 20 Oktober 1983)

Sumber: bpwealth.com

Thomas Rowe Price Jr terkenal sebagai bapa konsep pelaburan growth investing. Beliau memegang prinsip seorang pelabur perlu berdisiplin dan lebih fokus kepada pemilihan saham untuk jangka masa panjang.

3. Peter Lynch

(19 Januari 1944 – sekarang)

Sumber: goodreads.com

Peter Lynch merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan firma kewangan Fidelity Magellan Fund. Beliau terkenal kerana berjaya mengembangkan dana aset firma daripada $18 juta kepada $14 bilion sekitar tahun 1977 sehingga 1990.

Pernah digelar sebagai sesumpah kerana beliau jenis yang mudah beradaptasi terhadap apa jua stail pelaburan yang sesuai pada ketika itu.

4. George Soros

(12 Ogos 1930 – sekarang)

Sumber: britannica.com

Jika anda mengikuti krisis kewangan Asia 1997, anda pasti biasa dengar nama George Soros.

Beliau terkenal sebagai seorang pelabur spekulator dan mahir mengambil peluang keuntungan dalam perubahan trend ekonomi dunia.

Beliau juga ialah pengasas kepada syarikat dana lindung nilai terkenal, Soros Fund Management.

5. Warren Buffett

(30 Ogos 1930 – sekarang)

Sumber: PAUL MORIGI/GETTY IMAGES

Terkenal dengan gelaran ‘The Oracle of Omaha’, beliau merupakan antara idola terkenal pelabur zaman kini.

Pengerusi kepada firma terkenal Berkshire Hathaway ini memegang prinsip pelaburan Benjamin Graham.

Beliau percaya dalam pelaburan jangka masa panjang, seseorang itu perlu berdisiplin, bersabar dan mementingkan nilai yang konsisten.

6. John (Jack) Bogle

(8 Mei 1929 – 16 Januari 2019)

Sumber: Ryan Collerd/New York Times

Beliau mengasaskan The Vanguard Group, Inc pada tahun 1975.

The Vanguard Group, Inc ialah sebuah firma pelaburan kedua terbesar di dunia selepas BlackRock.

Beliau adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan dana indeks pertama, Vanguard 500 pada tahun 1976.

7. Carl Icahn

(16 Februari – sekarang)

Sumber: nasdaq.com

Carl Icahn terkenal dengan gelaran Icahn Lift.

Gelaran ini menerangkan lantunan menaik dalam harga saham syarikat yang biasanya berlaku apabila Carl Icahn mula membeli saham syarikat yang beliau percaya tidak diurus dengan baik.

Antara taktik yang sering beliau lakukan adalah membeli pegangan saham sehingga mempunyai pengaruh dalam membuat keputusan sesebuah syarikat.

Beliau akan gunakan kuasa tersebut untuk meningkatkan nilai pegangan sahamnya dalam syarikat itu.

Antara isu yang popular ialah pengambilaihan Trans World Airlines pada tahun sekitar tahun 1970-an.

8. William H. Gross

(13 April 1944 – sekarang)

Sumber: quotes4ever.com

Diberi jolokan ‘King of Bonds’, beliau terkenal sebagai pengurus dana bon terbaik dunia.

Beliau merupakan pengasas bersama Pacific Investment Management Company, sebuah firma dana bon yang menguruskan aset tetap bernilai lebih $1.92 trilion.

Beliau ialah pengurus portfolio pertama yang dilantik ke dalam Hall of Fame Fixed-Income Analyst Society Inc atas sumbangannya kepada kemajuan analisis bon dan portfolio pelaburan.

 

Falsafah Pelaburan

Pelaburan memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Sebelum melabur, pastikan diri kita bersedia dengan ilmu dan benar-benar memahami risiko pelaburan.

Kongsi Melalui:

Related Posts

1 Comment

  1. Pingback:10 Bilionair Terkaya Di Rusia

Comments are closed.