Menu Close

Bercita-cita nak jadi pelabur hebat? Ikut nasihat ini!

pelabur hebat picture

Gambar oleh Paul Morigi/Getty Images for Fortune/Time Inc

Selain daripada Warren Buffet, sebut sahaja nama Peter Lynch, pasti ramai pelabur yang akan kenal. Peter Lynch merupakan seorang pelabur hebat berasal daripada Amerika Syarikat (A.S), pengurus dana bersama (mutual fund manager), dan juga merupakan seorang dermawan.

Semasa beliau menjadi pengurus Magellan Fund di Fidelity Investments pada tahun 1977 sehingga 1990, Lynch memperoleh pulangan tahunan  secara konsisten 29.2% dan lebih  dua kali ganda untuk indeks pasaran saham S&P 500. Ini menjadikan beliau dinobatkan sebagai seorang pengurus dana bersama antara terbaik di dunia.

Berikut merupakan nasihat Peter Lynch kepada pelabur dalam mengenal pasti 6 jenis stok untuk mengembangkan portfolio pelaburan saham:

1. Slow Grower

  • Slow growers ialah syarikat yang pada mulanya bergerak laju tetapi akhirnya perkembangan syarikat mencapai paras mendatar.
  • Sering dikaitkan dengan revolusi industri atau fasa perubahan.
  • Pelabur dinasihatkan agar mengelakkan daripada membeli stok dalam kategori ini.
  • Ciri-ciri syarikat yang slow grower: suka bagi dividen, tidak menggunakan semula duit lebihan untuk perkembangan syarikat.

2. Stalwarts

  • Harga saham sering naik tiba-tiba dengan perlahan yang lama.
  • Jangkaan keuntungan saham jenis ini ialah 30 % – 50%.
  • Kebiasaannya syarikat adalah dalam kategori konsumer tetapi mempunyai perkembangan yang memberangsangkan.
  • Contoh: Coca-Cola, Procter and Gamble, Hershey’s, Colgate-Palmolive.

Coca-Cola can and bottle images appear on the side of a trailer outside the Coca-Cola Enterprises Inc. bottling facility in Niles, Illinois, U.S., on Thursday, Feb. 25, 2010.

3. Fast Growers

  • Size saham yang kecil, kebiasannya syarikat baru dan agresif.
  • Perkembangan syarikat 20-25% setahun.
  • Pulangan biasanya 10-40 kali ganda tetapi boleh juga mencapai sehingga 200 kali ganda.
  • Peter Lynch paling suka saham jenis ini.

4. Cyclicals

  • Kebiasaannya mempunyai naik dan turun (volatile) dalam perniagaan.
  • Contoh: syarikat penerbangan, pembuatan besi, tayar, minyak dan gas.
  • Sangat bergantung dengan konsep permintaan dan pengeluaran dalam pasaran yang berkaitan.

Politics rules the day in MAS sale | The Star

5. Turnarounds

  • Saham yang jatuh mendadak dalam masa yang lama.
  • Kebanyakkan syarikat ini membeli pelbagai anak syarikat daripada pelbagai industri dengan niat untuk meluaskan portfolio perniagaan, tetapi akhirnya memerlukan kos pengendalian yang tinggi dan mengakibatkan kerugian kepada syarikat induk.
  • Bak kata Peter Lynch, ini adalah diworsification, bukannnya diversification.

6. Asset Plays

  • Syarikat jenis ini mempunyai aset yang yang tersembunyi dan selalunya agak sukar didapati dalam laporan penyelidikan penganalisis pasaran.
  • Harga stok berpotensi tinggi untuk naik berkali-kali ganda.

Anda dah bersedia untuk jadi pelabur hebat?

Kongsi Melalui:

Related Posts