Menu Close

Kopi Kenangan: Bukan Sekadar Kopi

kopi kenangan picture

Gambar oleh kopikenangan.com

Fenomena Ngopi-Ngopi

Walaupun Indonesia merupakan negara pengeksport kopi keempat tersebar di dunia, namun penggunaan kopi secara komersial di kalangan rakyatnya masih lagi boleh dikatakan rendah. Kebanyakkan rakyatnya lebih cenderung untuk sekadar membeli kopi segera bernilai 50 sen daripada ‘kedai kopi basikal’ berbanding kafe kopi modern kerana harganya yang lebih murah dan mampu milik.

Sumber : AFP/GETTY IMAGES

Namun begitu, golongan millennial Indonesia yang kembali dari pengajian di luar negara dengan lebih pendedahan kepada kopi artisanal telah membawa gelombang baharu budaya kopi ke Indonesia. Fenomena ini digelar sebagai Nonkrong atau Ngopi Ngopi, bergaul dengan keluarga atau rakan di kafe kopi.

Kopi Mengamit Memori

Dari situlah terlahirnya idea Kopi Kenangan, sebuah kafe mesra teknologi yang menyajikan kopi berkualiti tinggi setaraf Starbucks tetapi pada harga yang mampu milik. Pelbagai menu unik direka secara kreatif seperti Masa Lalu Long Black Coffee, Mantan Menikah Latte dan lain-lain.

Sumber : digitalnewsasia.com

Menu terkenal mereka, Es Kopi Kenangan Mantan (kenangan bersama bekas kekasih) yang dibru menggunakan biji kopi Jawa yang terkenal bersama gula melaka organik terjual lebih 3 juta secawan hanya dalam masa sebulan!

Walaupun Kopi Kenangan mula mendapat perhatian di Malaysia sejak beritanya berjaya meraih dana $109 juta daripada Sequoia Capital India, tetapi kisah permulaan francais kopi ini boleh dikatakan sebenarnya bermula daripada bawah.

Memberi nikmat kopi kepada semua golongan

Edward Tirtanata, Ketua Pegawai Eksekutif Kopi Kenangan bercita-cita untuk merapatkan jarak antara kopi mampu milik dengan jenama antarabangsa seperti Starbucks.

Merupakan graduan Northeastern University, Edward Tirtanata sebelum ini pernah membuka kedai teh Lewis & Carroll Tea di Jakarta Selatan.

Sumber : ohelterskelter.com

Inspirasi kedai teh berkonsepkan kafe kontemporari ini hadir daripada pengalaman ibunya semasa melawat rumah teh di Boston, Massachusetts. Di sana, pelanggan diberi peluang untuk menghidu nikmat aroma teh yang dibru mengikut citarasa peribadi. Edward melihat, inilah masalah yang berlaku di Indonesia tetapi dalam versi kopi.

Kopi yang dibru mengikut citarasa peribadi adalah sangat mahal walhal Indonesia merupakan antara negara pengeluar kopi utama dunia. Beliau berhasrat untuk menjadikan kopi berkualiti tinggi mengikut citarasa peribadi sebagai menu yang lebih mampu milik untuk kebanyakkan rakyat Indonesia.

Cawangan pertama Kopi Kenangan 

Edward Tirtanata dan rakannya, James Prananton Jin dan Cynthia Chaerunnisa mula membuka kedai kecil Kopi Kenangan mereka di menara Standard Chartered, Kuningan Indonesia.

Pada masa itu, mereka cuba ‘mengambil kesempatan’ menggunakan data pelanggan yang luas dimiliki oleh Grab, Ojek dan dan Go System untuk mempromosikan kopi mereka. Pada hari pertama sahaja, mereka berjaya menjual lebih 700 gelas kopi dan hampir 70% daripada jualan ini datang daripada tempahan online.

Dalam masa 3 bulan sahaja, perniagaan mereka telah balik modal. Mereka menggunakan peluang ini untuk membuka lagi 2 cawangan kedai selepas itu.

Pelaburan bisnes kopi tempatan terbesar di Indonesia!

Selepas setahun pembukaan kedai mereka di Kuningan tadi, merek berjaya mendapatkan dana pelaburan $8 juta dollar daripada Alpha JWC Ventures. Setahun selepasnya pula, pada Jun 2019, Kopi Kenangan berjaya mendapatkan pelaburan bernilai $20 juta daripada Sequoia Capital semasa pusingan Siri A.

Sumber : dailymakan.com

Pelaburan daripada Sequoia Capital ini telah menarik minat pelabur jerung popular lain seperti Jay Z dan Serena William menerusi firma pelaburan mereka, Arrive, Horizon Ventures (milik bilionair Hong Kong), B Capital (milik Eduardo Saverin, bekas pengasas bersama Facebook) dan lain-lain.

Setahun kemudian, Kopi Kenangan berjaya lagi mendapatkan pelaburan bernilai $109 juta daripada Sequoia Capital.

IPO Saham 

Visi dan Misi yang jelas Edward Tirtanata merupakan antara faktor perkembangan pesat Kopi Kenangan dalam hanya tempoh 3 tahun.

Pada tahun 2021, mereka bercadang untuk membuka lebih 800 cawangan kopi Kenangan di Indonesia dan menguasai pasaran Asia Tenggara. Pelan hala tuju untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO) saham mereka pada tahun 2023 juga telah dimulakan.

Dengan pasaran Indonesia yang luas, sudah tentu ramai pelabur millennial muda yakin akan potensi jenama kopi ini dan telah mula mengintai peluang untuk menyertai francais Kopi Kenangan pada masa hadapan.

Creativity doesn’t wait for that perfect moment..

Meskipun hanya sekadar kopi, tetapi inovasi kreatif dan bijak mengambil peluang menjayakan misi yang jelas adalah antara faktor kejayaan Kopi Kenangan.

Jika orang lain boleh lakukan,mengapa tidak kita?

 

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts