Menu Close

3 Tips Mudah Tarik Pelanggan Untuk Bisnes Online

bisnes online picture

Musim pandemik ini, ramai antara kita dah mula buat bisnes online sebagai pendapatan sampingan. Tapi, bila kita promote, tak ada pula orang berminat nak beli. Kita jual kek biskut, tak ada nak beli dekat kita. Tapi kita tengok kawan kita jual benda yang sama, ramai pula yang membeli daripadanya.

Dekat sini kami kongsikan anda 3 tips mudah untuk buatkan pelanggan tertarik dengan bisnes anda:

 

1. Join Group Facebook

Facebook is testing a feature to prevent profile pictures being abused by other users | TechCrunch

“Hm, kalau kita jual dekat Facebook sendiri je tak boleh ke?”

Bukan tak boleh nak jual dekat Facebook sendiri. Tapi audiens dan prospek Facebook peribadi kita terhad. Sebaiknya, kita join group Facebook yang berkaitan.

Contohnya, jika kita menjual kek atau makanan manis, kita join group Facebook peminat kek. Kalau kita jual baju, kita join group Facebook yang minat berfesyen. Kalau kita buat sublet, kita join group rumah sewa kawasan kita.

Sekiranya kita tak jumpa group prospek yang sesuai, kita boleh mula dengan join group komuniti penduduk di kawasan kita. Jadi, kos logistik lebih murah untuk kita hantar barang/makanan yang kita jual.

Awal permulaan bisnes, kita target kawasan yang dekat-dekat sahaja untuk kurangkan dulu kos logistik. Iya lah, belum tentu balik modal duit dan masa lagi.

 

Here's why Malaysian restaurants are vanishing from foodpanda and GrabFood apps - Culture

 

Tapi, usahlah sebaik sahaja join group, kita terus promote barang kita. Sifat manusia tidak gemarkan hard-sell. Rasa seolah-olah diri mereka dipaksa beli oleh kita.

Kita mulakan dulu dengan share info dan maklumat berguna. Contoh, kalau jual skincare, share dulu tips penjagaan kulit secara konsisten dekat group. Cipta engagement. Jadi prospek akan mula kenal dan percaya dengan kita. Baru lah prospek dengan rela hati akan tertarik untuk ambil tahu tentang produk kita.

Facebook Removes the 20% Text Limit on Ad Images

 

2. Cipta content marketing yang sesuai

“Makan ubat ni confirm jadi kurus macam model Victoria Secret”

Perasan tak, bila keluar ayat promosi atau iklan, rata-rata daripada kita tak baca sampai habis pun ayat promosi tersebut. Bagi kita, ayat promosi ni cliche.

Tapi kalau kita buat content yang menarik dan kena dengan situasi prospek, pasti kita akan dapat perhatian mereka.

STOMP Blog | Visualize Your Target!

Sebelum kita cipta content untuk bisnes online, pastikan kita:

  1. Tahu ciri-ciri target audiens kita.
  2. Gunakan pelbagai jenis format. Contohnya seperti video pendek, gambar, emel dan lain-lain.
  3. Pastikan tips yang kita beri sesuai dengan audiens kita. Mat Saleh kata relatable.

50 Great Advertisement Ideas For You To Get Inspired From

 

3. Rajin Follow-Up

Kebiasaannya, peniaga gemar target lebih ramai pembeli baru berbanding tingkatkan servis untuk pembeli lama. Sebenarnya, kos untuk mencari pelanggan baru jauh lebih tinggi berbanding pelanggan setia.

“Tapi, kalau dia jumpa seller yang jual lagi murah, mestilah dia akan pergi kepada seller tu”

Ya, memang akan ada risiko sebegitu. Tetapi, percayalah, sekiranya pelanggan suka dengan servis kita, kita pun nampak ambil berat dengan tahap kepuasan hati dia, pasti dia akan cari kita lagi.

Giving feedback isn't mean. But it is an art. – Poynter

Sebab itu, kebanyakkan bisnes besar seperti syarikat telco, Shopee sering minta maklum balas daripada pelanggan. Dengan cara ini, pelanggan rasa mereka dihargai.

Jadi, mereka akan cenderung untuk kekal jadi pelanggan kita. Kita boleh gunakan medium seperti WhatsApp atau emel untuk dapatkan maklum balas mereka.

Maklum balas daripada pelanggan ini boleh digunakan untuk kita baiki mutu perkhidmatan kita.

How to back up, restore WhatsApp chats in Android - Information News

Malah, kita juga boleh share promosi baru tentang produk kita kepada pelanggan sedia ada. Sebab kita tahu sekurang-kurangnya mereka memang pernah berminat dengan barangan jualan kita sebelum ini.

Ingat, perkara yang paling mahal dalam bisnes zaman teknologi canggih ini ialah data pelanggan.

 

10 Questions to Ask Your Customer Data Platform Vendor

Kongsi Melalui:

Related Posts