Menu Close

Nak buat pinjaman tapi tak lulus sebab bekerja sendiri?

pinjaman picture

Gambar oleh bharian.com.my

Zaman pandemik ini ramai yang telah kehilangan pekerjaan. Ada yang baru nak kerja, tapi tak sampai seminggu kerja terus kena buang apabila musibah Covid-19 melanda. Ada yang masih punya kerja, tapi gaji dan elaun dipotong sehingga lebih separuh kerana syarikat tak mampu nak bayar penuh. Iya lah, tidak dibenarkan beroperasi semasa pandemik.

Bila kita buka Facebook, Instagram, kita dah mula nampak kawan-kawan kita promosikan barang yang mereka jual. Ada yang jual makanan, ada jual supplemen, ada jadi ejen marketing, ada ambil upah servis penghantaran dan sebagainya. Semua ini semata-mata untuk teruskan kehidupan seperti biasa.

Foodpanda sees rising demand for cloud kitchen

Perasan tak, jika sebelum ini kita bekerja dengan syarikat orang lain, kita mudah nak buat pinjaman. Bahkan, orang bank sendiri yang mendekati kita untuk buat pinjaman dengan mereka. Namun, setelah kita bekerja sendiri, kita nak mohon pinjaman kecil pun susah sebab bank tak percaya dengan kita.

Jadi, kami kongsikan tips untuk mudah dapat pinjaman daripada pihak bank.

1. Daftar SSM

Sebelum kita jual apa-apa sekalipun, pertama sekali kita wajib mendaftar syarikat kita dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Yuran berbeza mengikut jenis pendaftaran kita. Kenapa perlu daftar SSM?

  • Perniagaan tersebut telah menjadi sebuah entiti yang sah.
  • Keyakinan pengguna untuk berurusan dengan sesebuah perniagaan adalah lebih tinggi.
  • Membantu memudahkan pengguna membuat verifikasi maklumat perniagaan.
  • Pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan yang berkaitan dengan pembangunan komuniti dan prospek perniagaan.

2. Buka akaun semasa (current account) di bank atas nama syarikat

Ada orang lebih gemar gunakan akaun simpanan sendiri untuk proses pembayaran daripada pihak klien. Suka tengok duit masuk banyak ke dalam akaun sendiri katanya.

Tapi, sebenarnya, lebih elok jika kita menggunakan akaun semasa supaya akaun kita tak digantung kerana terlalu banyak transaksi berlaku dalam masa sehari terutamanya untuk peniaga online. Selain itu, bank juga lebih yakin dengan kredibiliti bisnes kita, jadi lebih mudah untuk bank beri pinjaman.

Untuk buka akaun semasa, anda perlu sediakan:

  1. Kad pengenalan
  2. Sijil SSM
  3. Cop syarikat
  4. Jumlah deposit awal (bergantung kepada jenis bank, kebiasaannya RM 500 – RM 2,000)

3. Daftar syarikat kita di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

LHDN henti terima bayaran cukai guna cek kiriman pos - Kosmo Digital

“Ala, buat apa nak bayar cukai, bukannya kita dapat apa-apa pun. Bazir duit je”

Inilah salah faham yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Sebagai pendiri bisnes, anda dinasihatkan supaya nyatakan dan bayar cukai kepada pihak LHDN supaya pihak bank yakin untuk berikan anda pinjaman.

What you need to know before making a bank loan

Kalau si pemohon pinjaman ni mampu untuk bayar cukai secara konsisten, mestilah petanda bisnes dia ni baik. Jadi takkan dia tak mampu untuk bayar semula pinjaman bank kita kan? – bank.

Subjek cukai tidak pernah diajar di sekolah, sebab itu ramai kurang cakna dengan perkara ini. Nasihat kami, rujuklah ejen cukai berdaftar kerana mereka lebih pakar dan dapat memberi nasihat yang betul kepada anda.

Jangan dengar cakap-cakap dari orang lain yang cuba menakutkan kita dengan pelbagai teori yang tak masuk akal.

4. Rekod duit keluar masuk dengan teliti

Perasan tak, kadang-kala kita dapat sales berpuluh-puluh ribu untuk bisnes kecil kita. Tapi selepas ditolak dengan modal, kos marketing, kos pekerja dan kos overhead yang lain, tinggal baki berapa ringgit je.

Situasi berulang 3, 4 kali. Sampai satu tahap kita rasa nak putus asa dengan bisnes kita.

Avoiding Stress as a Small Business Owner I Equivity

Nasihat kami, rekod dengan teliti setiap sen duit keluar dan masuk. Walaupun kos tu nampak kecil bagi kita, tapi masih lagi perlu direkod supaya kita tak termenung di kemudian hari, memikirkan mana pergi duit untung kita.

Perbelanjaan keluar masuk yang direkod juga dapat membantu memudahkan urusan pihak ejen cukai untuk bantu audit kewangan bagi tujuan pembayaran cukai.

Expense Record & Tracking Templates (Weekly, Monthly Worksheets)

Lebih banyak anda mudahkan kerja mereka, lebih mudah mereka bantu mengenalpasti dekat bahagian mana anda boleh dapatkan penjimatan cukai, supaya cukai yang dibayar sesuai dengan jumlah pinjaman yang anda nak mohon.

Untuk permulaan bisnes kecil, tak perlu software yang canggih pun. Cara yang anda boleh ikut:

  1. Sediakan 1 fail cukai.
  2. Fotostat semua resit perbelanjaan dan simpan dalam fail tersebut. Susun ikut tarikh dan bulan.
  3. Rekodkan secara konsisten duit masuk dan duit keluar mengikut tarikh dan perkara dalam Microsoft Excel.

Kadangkala, tak perlu tunggu sampai duit mencecah juta-juta dalam bank baru nak mohon pinjaman. Cantikkan rekod kita, mudahkan urusan mereka. Mereka senang, kita menang.

Deutsche Bank and Bank of China partner for cash management - FinTech Futures

Kongsi Melalui:

Related Posts