Menu Close

3 Cara Buat Bisnes Zaman Moden Secara Part-Time

part-time picture

Gambar oleh Choo Choy May/malaymail.com

Kalau dah kerja, masih boleh buat bisnes part-time ke?

“Aku tak nak berhenti kerja yang sekarang ni, tapi aku berminat nak cari duit lebih. Macam mana eh?”

Zaman serba moden. Kadangkala anda dah habis berjimat tetapi duit masih lagi tak cukup-cukup. Nak melabur tak berapa yakin. Jadi macam mana nak tambah duit lebih tanpa ganggu kerja hakiki anda?

Ini 3 bisnes zaman moden yang anda boleh mulakan secara part-time.

Penulis

Sumber: arusticmind.com

Anda boleh menawarkan perkhidmatan sebagai penulis bebas kepada blog atau perniagaan lain.

Kebanyakkan bisnes zaman sekarang memerlukan penulis seperti copywriter dan content writer untuk menyampaikan servis perniagaan mereka dalam ayat mudah faham kepada orang ramai.

Anda juga boleh menyediakan blog anda sendiri dalam talian secara percuma menggunakan platform seperti WordPress dan kemudian memperoleh pendapatan melalui iklan, kandungan tajaan atau jualan produk.

Jika anda seorang yang gemar menulis cerpen atau perkara ilmiah, anda boleh menulis dan menerbitkan ebook anda sendiri untuk dijual dalam talian.

Sesetengah platform penerbitan memerlukan wang terlebih dahulu, tetapi ada juga yang membenarkan anda menerbitkan karya secara percuma dan kemudian barulah mengambil sebahagian daripada jualan.

Influencer

Sumber: Instagram/@khairulaming

Jika anda seorang yang gemar berkongsi kehidupan atau isu semasa yang menarik, anda boleh cuba menjadi seorang social media influencer.

Jika anda perasan, kebanyakkan bisnes sudah mula menggunakan kuasa influencer untuk mudah mendekati lebih ramai pengguna media sosial.

“Semakin viral, semakin bagus!”

Contohnya seperti di Instagram, TikTok, Twitter, Youtube, Facebook dan lain-lain.

Jadi anda boleh menggunakan peluang ini untuk mengenakan bayaran upah atau affiliate kepada bisnes tersebut untuk menggunakan platform media sosial anda sebagai platform marketing.

Contoh konten yang anda boleh sediakan ialah: berita semasa, tempat percutian menarik, makanan yang sedap dan lain-lain.

Konsultansi

Home | Macross Consultancy - Accounting Firm Johor Bahru (JB) | 新山会计师 | XERO Cloud Accounting Software | Incorporate Sdn Bhd | Company Secretary Service | Auditor | Company Tax

Jika anda daripada golongan profesional seperti akauntan, anda boleh belajar menawarkan perkhidmatan konsultansi secara kecil-kecilan.

Contohnya seperti khidmat nasihat yang berkaitan dengan cukai, sistem perakaunan untuk bisnes kecil dan lain-lain.

Sambil anda bekerja, anda masih lagi boleh menambah duit menggunakan kepakaran yang anda sudah memang sedia ada.

 

 

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts