Menu Close

Kadar faedah pinjaman bank berubah-ubah? Fahami apa itu OPR

opr picture

Gambar oleh centralbanking.com

“OPR naik la, habislah loan aku!”

Selalu kita dengar kan perkataan OPR ni terutamanya bila kita buat pinjaman dengan bank. Tapi apa benda OPR ni sebenarnya?

Apa itu OPR?

Kadar Polisi Semalaman atau nama glamournya Overnight Policy Rate (OPR) ialah kadar faedah yang ditentukan oleh Bank Pusat. Jika di Malaysia, ditentukan oleh Bank Negara Malaysia.

Kadar faedah ini dikenakan kepada bank peminjam untuk pembayaran semula pinjaman dana kepada bank dipinjam. Setakat ini, OPR Malaysia ialah 1.75%.

Bank pinjam dengan bank?

Kita mesti terfikir, kenapa bank nak pinjam duit dari bank pula? Bank kan kaya, banyak duit?

Sebenarnya, antara cara utama bank buat duit adalah dengan cara memberi pinjaman kepada orang lain, bukan dengan cara menyimpan sahaja duit yang didepositkan ke bank tersebut tanpa digunakan.

Jadi, sudah tentu bank akan suka memberikan lebih banyak khidmat pinjaman bagi mendapatkan keuntungan.

Tetapi, Bank Negara Malaysia menetapkan bahawa bank perlu mengekalkan sejumlah minimum tunai yang perlu disimpan sebagai dana rizab bank. Ini bagi memastikan bank tidak mudah ‘bankrap’ dan menjaga kepentingan pendeposit wang juga.

Macam mana bank nak bagi pinjaman kalau duit bank sendiri habis?

Jika pengeluaran duit bank lebih bnayak daripada jumlah simpanan rizab atau pendeposit, bank perlu meminjam daripada bank lain.

Macam mana bank nak pinjam dengan bank lain?

Bukan anda je yang boleh buat pinjaman dengan bank, tapi bank juga boleh meminjam sesama sendiri dan dikenakan kadar faedah terhadap pinjaman tersebut. Kadar faedah itulah yang dinamakan sebagai OPR.

Jadi apa kesan kalau OPR naik?

Kesan negatif kepada peminjam

Jika kadar faedah ini naik, maka kos meminjam untuk bank dengan bank juga akan naik.

Kesannya, kos kadar faedah yang dikenakan kepada klien bank untuk membuat pinjaman kereta, perumahan, peribadi akan meningkat. Analogi mudah, jika barang basah seperti ayam meningkat, maka harga makanan di restoran juga meningkat.

Kesan positif kepada pendeposit

Tetapi, jika anda gemar menyimpan duit ke dalam deposit tetap atau akaun simpanan, kenaikan OPR ialah berita yang pasti anda nanti-nantikan.

Jadi, kadar faedah deposit tetap dan faedah akaun simpanan akan meningkat juga. Ini boleh membantu memberikan anda pulangan yang lebih sekiranya anda mempunyai deposit tetap dan duit yang banyak dalam akaun simpanan anda.

Apa kaitan OPR dengan aliran tunai negara?

Kenaikan kadar faedah ini adalah salah satu usaha pihak Bank Pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Apabila kadar ini dinaikkan, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan. Perkara ini dapat meningkatkan simpanan negara.

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts