Gambar oleh astroawani.com
“Jangan lupa bayar hutang, nanti rekod CCRIS tak cantik. Susah nak buat loan”
Pasti kita selalu dengar ayat seperti di atas ni kan? Tapi apa sebenarnya CCRIS ni?
Apa sebenarnya CCRIS?
CCRIS ialah singkatan Central Credit Reference Information System atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit. Biro Kredit Bank Negara Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menyelia rekod hutang kita ini.
Tujuan rekod hutang ini adalah untuk menilai corak pembayaran pinjaman kita.
Maklumat seperti saman, pinjaman tertunggak dan status muflis boleh diperoleh menerusi rekod hutang ini. Bank Negara Malaysia memperoleh maklumat kita ini daripada bank dan institusi kewangan.
Apa yang ada dalam laporan kredit CCRIS?
1. Pinjaman terkumpul
Menunjukkan baki pinjaman, tabiat pembayaran balik, had pinjaman dan status undang-undang (jika ada).
Contohnya: pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman sewa beli, hutang kad kredit dan lain-lain.
2. Akaun perhatian khas
Melibatkan Pinjaman Tidak Berbayar/Non Performing Loans (NPL)
Pinjaman yang tertakluk di bawah jadual pengurusan hutang khas (seperti yang dirundingkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
3. Kemudahan kredit/permohonan pinjaman yang dibuat dalam tempoh setahun.
Menunjukkan maklumat permohonan yang telah diluluskan atau tidak diluluskan dan had pembiayaan.
Macam mana nak dapatkan rekod CCRIS?
Cara 1: Pergi ke Bank Negara Malaysia atau mana-mana cawangan terlibat.
Cara 2: Boleh buat permintaan rekod melalui emel CCRIS.
Sebab itu, bank sangat mengambil berat tentang rekod pemohon sebelum meluluskan sebarang pinjaman.
Tidak salah berhutang, tapi pastikan hutang itu tidak membebankan kita pada masa hadapan. Ingat, bezakan hutang yang ‘baik’ dengan hutang yang ‘jahat’.