Menu Close

Apa Itu Sebenarnya Inflasi?

inflasi picture

Gambar oleh malaysiagazette.com

“Harga sayur marhaen pun boleh naik ke?”

Baru-baru ini kecoh dengan kenaikan harga sayur yang naik mendadak.

Jika anda nak tahu, situasi ini adalah salah satu contoh impak inflasi terhadap harga barangan.

Apa itu Inflasi?

Dari sudut ekonomi, inflasi ialah keadaan di mana paras harga umum meningkat. Peningkatan ini memberi kesan kepada kenaikan kebanyakkan harga barangan dan perkhidmatan.

Situasi ini menyebabkan kuasa membeli menggunakan mata wang fiat menjadi rendah.

Senang cerita, jika dulu dengan modal RM 50, kita sudah boleh beli barangan sehingga penuh troli, tapi sekarang RM 50 hanya dapat 2 hingga 3 barang sahaja.

Macam mana terjadinya inflasi ni?

Keadaan ekonomi ini terjadi apabila berlaku perubahan yang mendadak  dalam permintaan dan bekalan barangan dan perkhidmatan.

Selain itu, polisi monetari kerajaan juga menyumbang kepada fenomena ini. Contohnya apabila kerajaan mencetak duit dengan lebih banyak daripada kebiasaan.

Pengiraan kadar inflasi kebiasaannya menggunakan data daripada Indeks Harga Pengguna (CPI).

Inflasi ni baik ke buruk?

Sebenarnya, persepktif baik atau buruk ini bergantung kepada diri masing-masing. Jika kita sebagai pengguna, sudah tentu keadaan ekonomi ini memberi impak negatif kepada kita kerana lebih sedikit barangan yang mampu untuk kita beli.

Tetapi, jika kita sebagai pembekal, inflasi berpotensi memberi impak positif kepada kita kerana kita boleh menjual barangan dengan harga yang lebih mahal.

Peluang pekerjaan juga lebih banyak.

Hal ini kerana, syarikat dapat menjual barangan dengan harga yang lebih mahal. Jadi lebih banyak keuntungan berjaya dicatatkan.

Syarikat dapat menggunakan lebihan keuntungan ini untuk menambah jumlah pekerja atau mengembangkan perniagaan.

Nampak macam ironi bukan?

Kongsi Melalui:

Related Posts