Menu Close

Buat duit dari rumah? Ini 3 cara mudah yang boleh anda cuba

buat duit picture

Gambar oleh Unsplash

“Pening lah nak cari duit tepi, nak buat Foodpanda atau Grab tak ada lesen la pula”

‘Nak berniaga Shopee, tapi tak ada modal untuk beli barang”

‘Nak jual makanan, tapi tak pandai masak”

 

Zaman semakin canggih. Kalau dulu, nak kerja mesti kena duduk dekat pejabat dan pakai baju kemeja. Tapi zaman sekarang, duduk di rumah, pakai baju tidur pun boleh saja buat duit. Asalkan ada laptop/telefon pintar dan internet.

 

Ini 3 cara mudah untuk jana pendapatan side gig di rumah

1. Online tutor

Ramai ibubapa sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak mereka. Ada yang daftarkan anak ke pusat tuisyen, ada yang upah tutor persendirian.

Jika kita seorang pelajar IPT ataupun fresh graduates, menjadi online tutor merupakan satu peluang cerah untuk kita jana duit.

Tarikh Konvokesyen Universiti Malaysia 2019 - pendidikan4all

Cuba kita buat pengiraan kasar, satu sesi tuisyen mengikut kadar normal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor:

  • Subjek: Matematik
  • Pelajar: 1 orang
  • 1 sesi (2 jam) = RM 60
  • Sebulan = 4 sesi

Dengan memperuntukkan 8 jam sahaja dalam sebulan, kita akan dapat RM 240 sebulan untuk 1 orang pelajar tutor. Itu baru seorang. Kalau kita ada minimum 10 orang pelajar? Kita boleh dapat pendapatan bersih RM 2,400.

Semakin susah atau unik sesuatu subjek, semakin mahal kadar upah yang dibayar oleh ibubapa pelajar kepada tutor. Kita juga mempunyai kebebasan untuk menentukan masa kita sendiri asalkan mendapat persetujuan daripada ibubapa pelajar.

Students can't return to school next week, to still undergo PdPR for 25 days

Antara platfrom yang sering jadi pilihan online tutor ialah:

 

2. Freelance

“Tengok dia ni tak keluar pergi kerja pun, tapi ada je duit”

“Ohh, dia tu freelancer lah”

Apa itu freelancer? Freelancer ialah orang yang bekerja sendiri tanpa terikat secara long term dengan pelanggan. Seorang freelancer bebas menentukan kos dan masa kontrak freelance untuk dipersetujui dengan pelanggannya.

Freelancer boleh terdiri daripada pembangun laman web, pemandu pelancong, pereka, penulis, pelukis, jurugambar dan lain-lain.

How to start freelancing when you have a full-time job | by Annie Maguire | Career Relaunch | Medium

Antara platform yang sering digunakan untuk mencari job freelance ialah:

3. Jawab online survey

Walaupun menjawab online survey tak berikan kita wang yang banyak sepertimana side gig yang lain, tetapi kita tak perlu peruntukkan masa yang lama untuk menjawab satu-satu online survey.

Bahkan, kadang-kadang scroll media sosial lebih mengambil masa berbanding jawab online survey. Online survey boleh dibuat di mana-mana sahaja, asalkan ada telefon pintar dan internet.

Antara platform popular untuk cari job online survey ialah:

Kenapa syarikat bayar orang untuk jawab online survey?

Kebanyakkan bisnes perlukan pandangan atau feedback pengguna supaya mereka boleh rancang produk dan servis dengan lebih baik. Lumrahnya, sifat manusia ingin isi hati mereka didengari.

Tapi, amat sedikit manusia yang sanggup luangkan masa secara percuma untuk memberikan pendapat kepada bisnes lain. Mat Saleh cakap ‘no money, no talk’ ..

Ingat, data dan kecenderungan pengguna merupakan aset penting kepada pemasaran. Pemasaran yang berkesan beri impak positif kepada jualan sesuatu bisnes. Sebab itu, bisnes sanggup bayar orang untuk menjawab survey mereka.

 

Why Giving Feedback Matters to Your Employees | Lucidchart Blog

Jika kita mempunyai telefon pintar, internet dan pandai membaca, tiada alasan lagi untuk kita tidak berusaha mencari pendapatan sampingan.

Walaupun duit gaji kita cukup je setiap bulan, usahalah untuk cari pendapatan sampingan untuk tambahkan tabung-tabung kita.

 

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts