Menu Close

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)?

private retirement scheme picture

Gambar oleh gambar hiasan

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)?

Skim Persaraan Swasta atau lebih dikenali sebagai Private Retirement Scheme (PRS) ialah satu simpanan pelaburan secara sukarela.

Skim ini diuruskan oleh pihak swasta.

Kenapa perlu mencarum?

Matlamat utama PRS ialah untuk membantu menyediakan duit yang cukup untuk menampung kehidupan setelah bersara.

Siapa yang layak untuk mencarum dalam PRS?

Sesiapa sahaja layak untuk mencarum dalam PRS asalkan berumur 18 tahun ke atas.

Kelebihan membuat caruman PRS

1. Alternatif untuk simpan lebih banyak duit

Gambar oleh uf.cari.com.my

Walaupun anda seorang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda masih lagi boleh mencarum dalam PRS yang anda ingini.

Memandangkan Jumlah Caruman Pilihan Sendiri KSWP tertakluk kepada had maksimum RM60,000.00 setahun, anda masih boleh mencarum dalam PRS untuk menambah dana persaraan akan datang.

Lebih banyak modal yang disimpan, lebih tinggi pulangan pelaburan yang anda boleh peroleh.

Jadi, tidaklah rugi duit anda dimakan dengan inflasi kerana dana persaraan memerlukan tempoh yang lama untuk matang.

2. Boleh pilih penyedia PRS yang anda suka

Gambar oleh thehouseshop.com

Dengan caruman PRS, anda lebih bebas untuk memilih siapa yang akan menguruskan simpanan pelaburan anda.

Anda juga lebih terbuka untuk memilih jenis portfolio pelaburan yang anda suka.

3. Boleh keluarkan dana walaupun belum cukup umur persaraan

Gambar oleh blog.amartha.com

Dana yang disimpan dalam PRS juga lebih fleksibel untuk dikeluarkan bagi tujuan lain seperti kesihatan, berpindah ke luar negara dan tujuan umum yang lain.

Namun begitu, pengeluaran sebelum tempoh matang ini masih lagi bergantung kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

4. Layak mendapatkan pelepasan cukai

Gambar oleh sebenarnya.my

Dengan membuat caruman PRS, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM 3 ribu setahun mengikut terma dan syarat.

Sudahlah dapat menyimpan untuk kesejahteraan masa hadapan, dapat pelepasan cukai pula juga tu.

Untung lah!

Majikan boleh ke mencarum dalam PRS?

Ya, majikan boleh mencarum dalam PRS jika mereka nak.

Majikan yang membuat caruman dalam PRS bagi pihak kakitangan mereka dibenarkan untuk menuntut potongan cukai terhadap pendapatan perniagaan mereka atas caruman yang telah dibuat.

Macam mana nak mohon PRS ni?

Anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan penyedia PRS berdekatan.

Berikut ialah contoh penyedia PRS yang dikawal selia dan dilindungi oleh Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA) dan Skim Pemegang Amanah.

  1. Principal Asset Management Bhd
  2. Public Mutual Bhd
  3. Manulife Investment Management (M) Bhd
  4. RHB Asset Management Sdn. Bhd
  5. AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd
  6. Affin Hwang Asset Management Bhd
  7. AmFunds Management Bhd
  8. Kenanga Investors Bhd

Dana persaraan

Kesimpulannya, simpanan pelaburan untuk hari tua sangat penting.

Tidak kiralah sama ada anda nak mencarum dalam KWSP yang diwajibkan sahaja ke ataupun menambah dana simpanan pelaburan dalam pelbagai jenis Skim Persaraan Swasta (PRS).

Cari dan gandakan duit.

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts