Menu Close

Begini rupanya cara kira Zakat Pendapatan dengan mudah!

zakat pendapatan picture

Gambar oleh zakatselangor.com.my

Apa itu Zakat Pendapatan?

Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan).

Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli).

Secara ringkasnya, ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.

Wajib ke bayar zakat ni?

Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji.

Kenapa kena bayar zakat pendapatan?

Ini kerana pendapatan merupakan sebuah harta yang berkembang dan boleh membawa perolehan yang lumayan terutamanya bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi.

Ia juga antara aktiviti perekonomian utama pada zaman ini. Profesion makan gaji juga sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sekarang.

Ini Cara Kira Zakat Pendapatan Dengan Mudah:

  • Bujang gaji lebih RM2,000 dah wajib bayar zakat.
  • Berkahwin anak 2 gaji RM2.5k, zakat RM6 sebulan.
  • Gaji RM3.5k anak sorang, zakat RM35 sebulan dan seterusnya.

Kaedah “Dengan Tolakan”

Kaedah ‘Dengan Tolakan’ lebih tepat sebab ambil kira tolakan asas.

Tolakan Asas (Had Kifayah) dalam jadual tu ambil kira:

  • Tolakan untuk diri sendiri.
  • Isteri
  • KWSP 11%

 

Untuk full jadual potongan gaji (sehingga gaji RM15k) boleh rujuk sini :

https://drive.google.com/file/d/1qSRmtjlhC5VPmiwXeKOo7hTh4TEcLw4D/view

Kaedah “Tanpa Tolakan”

Kaedah Tanpa Tolakan (gaji kasar x 2.5%) sesuai untuk ORANG KAYA.

Sebab apa?

Kadar zakat mereka 2.5% tu jauh lebih rendah dari income tax mereka 15-30%. Jadi ramai tak perlu nak buat tolakan lain.

Untuk kiraan lebih tepat, digalakkan untuk guna Kalkulator Zakat Pendapatan ini:

 

Bagi nak buat BAYARAN ZAKAT secara ONLINE kat sini :

 

Asas : Kalau anda dah dikenakan tax, sebenarnya anda dah WAJIB bayar zakat.

Sama macam tax, jawapan “Saya Tidak Tahu” tidak melepaskan kewajipan anda untuk mengeluarkannya.

Kredit: https://twitter.com/acaiijawe

 

Bayarlah zakat. Usah culas. Dalam setiap rezeki kita, ada rezeki orang lain yang Tuhan tumpangkan sebentar.

Kongsi Melalui:

Related Posts