Menu Close

10 Fakta yang anda tak tahu tentang Iron Lady Malaysia

securiforce picture

Gambar oleh securiforce.com.my

Siapa yang tak kenal dengan jenama Securiforce? Syarikat Securiforce Sdn Bhd merupakan syarikat kawalan keselamatan terkenal di Malaysia.

Tapi tahukah anda pengasasnya, Datuk Wira Dr Maznah Hamid, The Iron Lady Malaysia pernah hidup susah untuk pastikan syarikatnya tak bungkus?

Ini 10 fakta tentang Iron Lady Malaysia yang anda pasti tak tahu:

1. Dibesarkan oleh nenek

Datuk Maznah membesar bersama neneknya di Kedah sejak berusia 5 tahun selepas kedua ibubapanya bercerai.

2. Minat Bahasa Inggeris

Beliau sangat suka Bahasa Inggeris dan telah berpindah ke Kuala Lumpur pada usia 17 tahun. Beliau seorang yang self-taught.

Antara pekerjaan awal beliau di bandar ialah sebagai penterjemah bahasa di kedutaan asing dan guru bahasa persendirian.

Di sinilah beliau banyak bergaul dengan orang kaya.

3. Idea kawalan keselamatan

Beliau dapat idea buat syarikat kawalan keselamatan sebab beliau tengok keselamatan adalah keperluan asas terutamanya untuk golongan kaya.

4. Mula bisnes dengan modal RM 5 ribu

Datuk Maznah dan suaminya beli sebuah syarikat kawalan keselamatan yang hampir bankrap dengan harga RM 5 ribu pada tahun 1980.

RM 5 ribu merupakan duit simpanan peribadi mereka ketika itu.

Syarikat itu kemudiannya dinamakan dengan nama Securiforce Sdn Bhd.

5. Mula bisnes menggunakan apa yang ada saja dulu

Securiforce bermula dengan 5 orang sahaja pengawal keselamatan dan 5 orang pelanggan yang terdiri daripada orang kenamaan.

6. Buat macam-macam jenis side job

Sepanjang 10 tahun awal bisnes, Datuk Maznah dan suaminya lakukan pelbagai kerja untuk tambah modal bisnes. Datuk Maznah pernah jual insurans, mengajar, menterjemah, jadi ejen hartanah dan ejen jualan langsung.

Semua ini dilakukan semata-mata untuk pastikan syarikat mereka dapat kekal bertahan.

7. Pernah duduk rumah setinggan untuk jimat

Setiap usahawan pasti inginkan bisnes mereka berkembang maju. Sama juga seperti Datuk Maznah.

Beliau cuba buat permohonan pinjaman untuk dijadikan sebagai modal besarkan bisnes. Tetapi, malangnya telah ditolak oleh pihak bank.

Datuk Maznah dan suaminya buat keputusan jual rumah mereka untuk dapatkan modal bisnes.

Selama 2 tahun, mereka duduk di rumah setinggan dengan kadar sewa RM 50 sahaja sebulan.

8. Pernah jadi pengawal keselamatan di pasaraya.

Datuk Maznah pernah menjadi pengawal keselamatan di pasaraya manakala suaminya di sebuah kediaman orang kenamaan kerana tidak cukup pekerja dan modal semasa cuti perayaan.

9. Kuasai bidang hartanah

Beliau dan suaminya mengasaskan syarikat pemaju hartanah, Danau Lumayan Sdn Bhd pada tahun 1997.

Danau Lumayan ialah pemaju hartanah terkenal yang membangunkan pelbagai unit kondominium dan bangunan komersial di Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

10. Cawangan di lebih 10 buah negara.

Sehingga kini, Securiforce berkembang maju dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan logistik (Securiforce Logistics Sdn Bhd) dan teknologi kawalan keselamatan kepada pelbagai latar belakang pelanggan termasuklah Bank Negara Malaysia (BNM).

Securiforce mempunyai cawangan di lebih 10 buah negara termasuk Korea, Turki dan China.

 

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts