Siapa kata nak jadi angkasawan adalah perkara yang mustahil? Zaman sekarang ni, asal ada wang, semua benda boleh. Contoh seperti Jeff Bezos, manusia terkaya di dunia.
Nilai kekayaan Jeff Bezos dianggarkan mencecah $177 bilion tahun ini. Taikun e-dagang ni turut mula ceburkan diri dalam industri pelancongan angkasa lepas.
Ini 6 fakta menarik pelancongan billionair tersohor itu ke angkasa lepas:
1. Pengasas Amazon. Com, Inc (NASDAQ:AMZN), Jeffrey Preston Bezos atau lebih popular dengan panggilan Jeff Bezos telah berlepas ke angkasa lepas menggunakan kapal angkasa supersonik New Shepard.
2. Reka bentuk dan sistem New Shepard dibangunkan oleh syarikat penerokaan angkasa lepas milik Jeff Bezos iaitu Blue Origin.
Blue Origin diasaskan pada tahun September 2000.
Antara yang turut serta dalam pengembaraan ke angkasa lepas itu ialah:
- Mark Bezos = adik lelaki Jeff Bezos
- Mary Wallace Funk = seorang wanita berusia 82 tahun, salah seorang angkasawan wanita dalam program Mercury 13.
- Oliver Daeman: berumur 18 tahun, anak kepada Joes Daeman yang merupakan pengasas Somerset Capital Partners.
4. Pengembaraan selama 11 minit ini akan menjadi permulaan kepada perniagaan berasaskan pengembaraan angkasa lepas kepada golongan berkemampuan.
5. Pelancong angkasa lepas ini bakal berpeluang untuk menikmati pemandangan Bumi yang menakjubkan dan merasai pengalaman terapung di kabin seperti angkasawan sebenar.
6. Untuk penerbangan pertama, Blue Origin telah berjaya melelongkan salah satu tempat duduk dengan nilai $28 juta dan wang tersebut akan diberikan kepada Club for the Future.
Club for The Future merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan milik bilionair Amerika Syarikat itu. Tujuannya adalah untuk memupuk minat generasi muda terhadap sains dan kehidupan futuristik angkasa lepas.