Menu Close

Apa sebenarnya maksud syarikat Unicorn?

unicorn picture

Gambar oleh imdb.com

“Impian aku nak jadi Unicorn Malaysia”

Selalu dengar ayat di atas?

Unicorn adalah terma merujuk kepada syarikat start-up persendirian yang mempunyai nilai lebih dari $1 bilion. Terma ini dipopularkan oleh Aileen Lee. Beliau merupakan pengasas kepada Cowboy Ventures.

Cowboy Ventures ialah firma pelaburan terkenal yang memberi dana kepada syarikat start-up. Firma ini beribu pejabat di Palo Alto, Californa Amerika Syarikat.

Kenapa dinamakan sebagai Unicorn?

Dalam artikel bertajuk “Welcome to the Unicorn Club: Learning from Billion-Dollar Startups” yang ditulis oleh Aileen Lee pada tahun 2013, beliau menganggarkan hanya 0.07 % sahaja daripada syarikat start-up berkaitan perisian yang wujud sekitar tahun 2000 ketika itu, mampu mencapai nilai $1 bilion.

Ini bermaksud pencarian syarikat start-up bernilai lebih $1 bilion adalah amat sukar. Seolah-olah mustahil, sama seperti mencari haiwan mitos Unicorn.

Sejak itu, terma ini digunakan untuk menggambarkan syarikat start-up yang berpotensi besar dan berkembang pantas.

Boleh ke saya nak melabur ke dalam syarikat Unicorn?

Jika kita pelabur kecil-kecilan, agak sukar untuk mereka menerima kita sebagai pelabur mereka. Memandangkan mereka adalah start-up yang berkembang pantas dan milik persendirian, jadi syarikat jenis ini memerlukan dana yang sangat besar daripada pelabur.

 

Kebiasaannya pelabur mereka terdiri daripada entiti jerung atau pelabur sofistikated yang mempunyai modal yang besar.

Tetapi, pelabur kecil masih berpeluang untuk melabur sekiranya syarikat ini berminat untuk menjadi syarikat awam atau menjalani Tawaran Awam Awal (IPO). Contohnya seperti Uber, Grab, Robinhood dan lain-lain.

 

 

Dalam dunia ini tiada yang mustahil. Tak kira kita buat bisnes jenis apa sekalipun, pasti akan ada potensi untuk berkembang dan menjadi unicorn.

 

Kongsi Melalui:

Related Posts