Menu Close

Burger Ramly: Dari buruh kasar kepada Raja Burger

burger ramly picture

Gambar oleh pnbbcportal.com

“Bagi burger daging double special cheese 1”

Sebut saja order di atas, pasti kita dah terbayang keenakan daging burger saat digigit. Aroma memikat daging Burger Ramly yang dimasak pasti membuatkan kita menoleh 2 kali setiap kali lalu gerai burger tepi jalan.

Ini adalah kisah mengenai pengasas Ramly Burger yang ramai tak tahu.

1. Pernah bekerja sebagai buruh

burger ramly picture
Dari kiri: En. Mohd Zaharin bin Dato Dr. Hj. Ramly (Pengarah), Datin Hjh. Shala Siah bt Abdul Manap (Pengarah Eksekutif), Dato Dr. Hj. Ramly bin Mokni (Pengarah Urusan), Pn. Siti Hayu bt Dato Dr. Hj. Ramly / Sumber: ramly.com.my

Pengasas dan pemilik Kumpulan Ramly, Dato’ Haji Ramly bin Mokni merupakan anak jati kelahiran Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.

Beliau ialah anak ke-8 daripada 16 orang adik beradik. Ibubapa beliau merupakan seorang petani.

Beliau berazam untuk mengubah kehidupaan kepada yang lebih baik. Beliau mengikut abangnya berhijrah ke Sekinchan, Selangor. Di sana, beliau bekerja sebagai seorang buruh.

Kemudian, pada tahun 1970-an, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai seorang pemotong daging di pasar basah.

Sumber : alialisakreatif.blogspot.com

2. Mula berniaga dengan modal RM 2 ribu

Walaupun beliau bukan orang senang, tapi berkat kesungguhan beliau mencari rezeki dan menyimpan, beliau berjaya memulakan perniagaan awalnya dengan modal RM 2 ribu.

Beliau dibantu oleh isterinya, Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap.

Pada tahun 1978, mereka membuka perniagaan kepingan daging burger yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah Flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru Kuala Lumpur.

Sumber : homes.mitula.my

Beliau membuka gerai burger dan menjual kepingan daging burger yang mentah dan siap dimasak di sekitar Kampung Baru, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Biasalah, waktu tu ramai lagi rakyat Malaysia tak biasa dengan makanan burger.

Sumber : joellsnetwork.wordpress.com

Tapi pasangan suami isteri ini tak mudah berputus asa. Berkat kecekalan mereka, akhirnya hasil jualan meningkat daripada 200 keping kepada 3,000 keping sehari.

Namun itu bukan alasan untuk mereka kekal di takuk yang lama.

Kemudiannya pada tahun 1980, mereka membuka sebuah syarikat untuk mengembangkan perniagaan daging burger.

Sumber : zomato.com

4 tahun selepas itu, sebuah kilang memproses kepingan daging burger di Desa Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur berjaya dibuka sebelum berpindah ke Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur . Sekurang-kurangnya 10,000 kepingan daging burger dihasilkan dalam sehari.

3. Permohonan ditolak bank

Sebagai seorang usahawan, sudah tentu Dato’ Haji Ramly mempunyai impian untuk memajukan perniagaannya.

Jadi beliau memohon pinjaman kewangan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa buah bank.

Sumber : fail NSTP/Asyraf Hamzah

Tapi, permohonannya telah ditolak atas alasan burger bukan makanan ruji rakyat Malaysia. Tak ramai yang suka makan burger.

Setelah berhempas pulas mencuba nasib, akhirnya Bank Pembangunan dan Bank Malaysia Berhad bersetuju untuk meluluskan pinjaman kewangannya. Peluang ini digunakan sehabis baik oleh Ramly untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Jenama Ramly juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa iri hati orang lain.

Sumber : malaysia-today.net

Terdapat fitnah yang menyatakan burger Ramly sebenarnya tidak HALAL dan telahpun dijual kepada bangsa lain. Namun, pihak pengurusan Ramly segera mengeluarkan kenyataan dan memberi jaminan bahawa semua itu adalah fitnah yang dilemparkan oleh pesaing semata-mata.

4. Hasil jualan melebihi RM 1 bilion

Setakat ini, terdapat 11 buah anak syarikat bernaung di bawah Ramly Mokni Holding Sdn Bhd.

Sumber : orangperak.com
  • Ramly Food Industries Sdn Bhd
  • Ramly Food Processing Sdn Bhd
  • Ramly Food Marketing Sdn Bhd
  • Ramly Food Services Sdn Bhd
  • Ramly Halal Logistic Sdn Bhd
  • Ramly Halal Mart Sdn Bhd
  • Ramly Project Management Sdn Bhd
  • Ramly Poultry Integrated Sdn Bhd
  • Ramly Halal Kiosk Sdn Bhd
  • Ramly Mokni Bakery Sdn Bhd
  • Ramly Supermart Sdn Bhd

RAMLY juga banyak melabur untuk meningkatkan pengeluaran produk sejuk bekunya. Sebuah kilang tambahan bernilai RM 1 bilion dibina di tanah berkeluasan 8 ekar di Taman Perindustrian Halal Pulau Indah, Klang Selangor.

Sumber : orangperak.com

Semua ini dilakukan bagi memastikan bekalan produk keluaran RAMLY mencukupi dan meningkatkan hasil jualan sehingga sekurang-kurangnya RM 2 bilion setahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts