Menu Close

99 Speedmart: Lumpuh bukan penghalang

99 speedmart picture

Gambar oleh tehtarikgelasbesar.com

Pergi mana-mana je mesti ada kedai 99 Speedmart.

Dekat Lagi Murah

Siapa sangka, di sebalik tumbuhnya 99 Speedmart bak cendawan, pengasasnya merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU)?

Siapa pengasas pasar raya 99 Speedmart?

Pengasasnya ialah Lee Thiam Wah. Beliau dilahirkan pada tahun 1964 di Klang, Selangor.

Beliau telah diserang dengan penyakit polio ketika baru sahaja berusia 8 bulan. Ini mengakibatkannya tidak mampu berjalan seperti orang lain.

Bapa beliau merupakan seorang pekerja pembinaan manakala ibunya seorang penjaja makanan.

Lee Thiam Wah bersama isterinya, Ng Lee Tieng / Sumber : forbes.com

Beliau banyak dibesarkan oleh nenek kerana kedua ibubapanya perlu meluangkan lebih banyak masa untuk mencari duit bagi menyara kehidupan 10 orang adik-beradiknya yang lain.

Memandangkan kehidupan keluarganya yang susah, beliau hanya belajar sehingga sekolah rendah sahaja. Ketika itu, sekolah menengah terlalu jauh dan yuran pengangkutan juga mahal.

Minat berniaga sejak kecil

Sejak umur 14 tahun lagi, Lee telah mula berniaga. Beliau menjual snek di luar rumah keluarganya di Jalam Kampar, Klang Selangor.

Walaupun beliau tidak mempunyai tahap pendidikan formal yang tinggi, namun beliau sangat suka membaca.

Membaca itu gedung ilmu.

Pada tahun 1987, Lee yang ketika itu baru sahaja berusia 23 tahun berjaya mengumpulkan duit sebanyak RM 17,000. Berkat ketekunan daripada kerja keras membantu jualan snek kecil-kecilan keluarga dan disiplin menyimpan wang.

Beliau menggunakan modal tersebut untuk membuka kedai runcit pertama ‘Pasar Raya Hiap Hoe’ di Klang, Selangor.

Kedai runcit pertama Lee / Sumber: 99 Speedmart

Dahagakan cabaran, beliau ingin buka sebuah pasar raya yang lebih besar. Beliau pun menjual Pasar Raya Hiap Hoe kepada saudaranya dengan harga RM 38,000.

Bermodalkan RM 38,000 itu, cawangan 99 yang pertama telah dibuka dengan nama ‘Pasar Mini 99’ di Klang Utama pada tahun 1992.

Sumber : 99 Speedmart

Kenapa nama 99?

“Kami memilih nombor 99 kerana ingin menyatakan walaupun kami tidak sempurna, kami masih mampu menawarkan pelanggan dengan produk terbaik yang kami ada pada harga yang kompetitif.“

“Ini juga mengingatkan kami yang pada setiap ketidaksempurnaan, pasti ada ruang untuk penambahbaikan.”

Sumber : 99 Speedmart

Bagaimana 99 Speedmart bersaing dengan pasar raya gergasi?

Lee sangat aktif dalam perniagaan.

Beliau sendiri bertemu dengan vendor bagi membuat pesanan dan melihatnya tiba di kedainya. Lee sangat gemar berinteraksi dengan pembekal dan pelanggannya.

Setiap cadangan dan komen sentiasa diambil berat supaya boleh digunakan untuk menambahbaik mutu bisnesnya.

Ketika itu, Lee tahu pasar raya kecilnya tidak mampu melawan harga dengan pasar raya besar yang lain.

Jadi pada peringkat awal, beliau lebih menumpukan kepada jualan langsung secara kecil-kecilan. Beliau hanya menyimpan stok pada barangan yang mendapat permintaan tinggi sahaja.

Sumber: Harian Metro

Pada tahun pertama, Lee terpaksa mengurangkan nisbah keuntungannya supaya pelanggan dapat beli barang di kedainya dengan harga yang murah.

Golongan sasaran ialah pelanggan yang berpendapatan rendah dan juga pekerja warga asing yang mempunyai kos sara hidup yang minimum.

Bagi memastikan kelancaran urusniaga, 99 Speedmart mempercepatkan pembayaran kepada pembekal. Bayaran akan dibuat dalam tempoh 30 minit selepas barang dihantar.

Sumber: 99 Speedmart

Pendekatan ini agak berbeza berbanding pasar raya besar lain yang membayar pembekal mereka dalam tempoh yang lama setelah barang dihantar.

Ini menarik minat pembekal untuk terus kekal berurus niaga dengan 99 Speedmart.

Kelainan upaya bukan penghalang

Pada peringkat awal, beliau banyak mengharapkan ahli keluarga dan rakan terdekat untuk membantunya menguruskan stok barang jualan.

Meskipun berkerusi roda dan serba kekurangan dalam pendidikan formal, ianya bukan batu penghalang untuk beliau berjaya mengembangkan rangkaian perniagaan runcit 99 Speedmart sehingga 1750 cawangan di seluruh Malaysia.

Sumber : 99 Speedmart

Sentiasa mengingati kata-kata nasihat dari neneknya;

“Awak hanya kekurangan dari segi fizikal sahaja, bukan dari segi mental. Awak pandai dan masih boleh menggunakan tangan untuk buat perkara lain. Belajarlah berdikari dan cari jalan untuk hidup sendiri jika tak nak diri ketinggalan.”

Pro Naib Canselor UKM (Strategi dan Pembangunan Korporat), Prof Dr Ishak Yussof bertukar dokumen dengan Pengarah 99 Speedmart, Lee Thiam Wah pada majlis memeterai MoU dalam membangunkan modul serta menawarkan program sijil profesional dan pengurusan runcit di antara UKM dan Speedmart 99 di Wisma Speedmart, Jalan Angsa, Taman Berkeley, Klang – Foto Roslin Mat Tahir
Kongsi Melalui:

Related Posts