Menu Close

5 Sebab Utama Mengapa Anda Perlu Daftar SSM

daftar ssm picture

Gambar oleh thestar.com.my

Sejak musim pandemik ni, pasti ramai antara rakan anda yang telah diberhentikan kerja atau dikurangkan gaji.

Ada juga yang mula berjinak-jinak untuk berniaga secara kecil-kecilan atau mengambil upah sebagai freelancer.

Walaupun bisnes anda masih lagi kecil atau hanya bekerja sendiri cukup-cukup makan sahaja, adalah penting untuk mendaftarkan perniagaan anda.

Pernah dengar tentang daftar SSM?

Ini adalah 5 sebab utama mengapa anda perlu mendaftarkan SSM.

1. Mematuhi Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

Sebelum memulakan perniagaan, seseorang perlu mendaftarkan perniagaannya mengikut Akta Perniagaan 1956.

Jika gagal berbuat demikian, peniaga tersebut boleh didenda sehingga RM 50 ribu atau penjara maksimum 2 tahun.

Tak mahal pun nak daftar perniagaan.

Rujuk link di bawah untuk mengetahui berapa yuran pendaftaran SSM:

https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/table-of-fees/Table-of-Fees.aspx

2. Buka akaun perniagaan

Walaupun bisnes anda masih kecil, anda perlu belajar berdisiplin.

Asingkan awal-awal modal, gaji pekerja, gaji anda dan keuntungan.

Jika anda ada SSM, lebih mudah untuk anda mohon pembukaan akaun bank bisnes. Jadi lebih mudah untuk anda susun dari awal duit keluar masuk bisnes anda.

Transaksi menggunakan akaun peribadi juga lebih mudah disekat apabila terlalu banyak sangat duit masuk berbanding sekiranya anda menggunakan akaun bank syarikat.

3. Mudah mendapatkan pinjaman bank

Sebagai seorang peniaga, anda pasti ada impian untuk mengembangkan bisnes anda. Untuk mengembangkan bisnes, pasti perlukan modal yang agak tinggi.

Apabila anda ada akaun bank syarikat dan dokumen kewangan perniagaan yang disusun dengan kemas, pasti pihak bank juga akan lebih mudah untuk melayan permohonan pinjaman perniagaan anda.

4. Meningkatkan keyakinan

“Awak betul ya tak scam saya? Ada nombor SSM tak untuk sahkan bisnes awak ni?”

Perasan tak, ada sesetengah pelanggan suka bertanya soalan seperti ini dekat anda.

Sebagai seorang ahli perniagaan, usahlah berkecil hati pula dengan soalan macam tu.

Sebenarnya, pelanggan cuma berhati-hati sahaja. Maklumlah, bisnes zaman sekarang terutamanya secara online memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi antara pelanggan dan peniaga.

Jadi, dengan adanya nombor pendaftaran perniagaan, pelanggan lebih yakin dan rasa dilindungi untuk berurus niaga meskipun tidak pernah sekalipun berjumpa secara depan-depan dengan peniaga.

5. Lebih mudah untuk berkembang

Apabila bisnes anda sudah semakin maju, pasti anda perlu menambah bilangan pekerja untuk melicinkan operasi perniagaan.

Dahulu anda hanya ada seorang pekerja separuh masa untuk membantu anda di gerai, sekarang anda perlu tambah lagi 3-4 orang pekerja sepenuh masa untuk bantu uruskan perniagaan.

Jika anda sudah awal-awal daftar SSM, lebih mudah untuk anda mendapatkan pekerja kerana mereka yakin untuk berkhidmat dengan syarikat memandangkan bisnes anda kelihatan kukuh dan tersusun.

Pembayaran gaji serta KWSP pekerja juga akan menjadi lebih teratur dan sistematik.

 

Jika kita berbisnes, berbisneslah secara serius. Sentiasa menambah baik perjalanan perniagaan kita dari semasa ke semasa.

Jika kita hanya buat ala kadar, kita juga yang rugi kerana pulangan yang diperoleh tidak setimpal dengan usaha dan pengorbanan yang telah kita lakukan.

 

 

Kongsi Melalui:

Related Posts