Menu Close

Cara Mudah Pengeluaran ASB Secara Online

ASB picture

Gambar oleh themalaysianreserve.com

Hari ini merupakan hari pertama pengeluaran Amanah Saham Berhad (ASB) dibenarkan setelah selesai penggagihan dividen untuk tempoh Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021 .

Sudah tentu ramai yang mula beratur panjang di bank atau ejen ASB terdekat.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk beratur panjang, boleh cuba cara pengeluaran secara online.

Ikuti langkah mudah ini:

1. Log masuk ke akaun MyASNB anda. Jika anda masih belum ada, perlu daftar MyASNB terlebih dahulu ya. Daftar tak sampai 10 minit pun jika sistem okay. Link seperti di bawah:

https://www.myasnb.com.my/signup

2. Klik PORTFOLIO dan pilih TRANSAKSI pada unit amanah yang diingini. Pilih JUALAN BALIK.

3. Pastikan MAKLUMAT BANK ANDA BETUL dan klik butang seterusnya.

4. Masukkan jumlah yang anda nak keluarkan dan kemudian klik SETERUSNYA.

5. Semak semula butiran bank yang diberikan di notifikasi dan klik SETERUSNYA.

6. Klik PERMINTAAN TAC, isi dengan lengkap dan betul. Kemudian klik SETERUSNYA.

7. Proses selesai dan transaksi dikira berjaya.

Boleh keluarkan semua duit ASB ke?

Pengeluaran secara online terhad kepada maksimum RM 1,000 sebulan sahaja.

Jika anda berhasrat untuk mengeluarkan ASB anda melebihi RM 1,000, anda perlu berurusan secara terus di kaunter ASB atau ejen ASB terdekat seperti bank atau Pos Malaysia.

 

Baca di sini untuk belajar tentang Skim Persaraan Swasta:

Apa itu Skim Persaraan Swasta (PRS)?

Kongsi Melalui:

Related Posts