Menu Close

Ini 5 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang MR DIY

MR DIY picture

Gambar oleh thestar.com.my

“Plan nak beli 1 barang je, tapi dekat kaunter bayar, tiba-tiba penuh pula bakul dengan barang…hehehe..”

“Sentiasa harga rendah”

 

Siapa yang tak kenal dengan MR DIY?

Jenama MR DIY merupakan milik syarikat peruncit barang kelengkapan rumah yang terkenal berasal dari Malaysia, Mr DIY Group M Bhd.

MR DIY menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam mendapatkan pelbagai jenis barangan keperluan rumah.

Tambahan pula, dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ketika pandemik ini, barangan keperluan yang murah tetapi berkualiti menjadi keutamaan pembeli.

Ini 5 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang MR DIY

1. Kedai pertama

Kedai pertama MR DIY dibuka pada Julai 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

MR DIY picture

2. Siapa pengasas?

Pengasasnya merupakan adik beradik iaitu Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei.

Mereka telah dinobatkan antara 10 orang terkaya di Malaysia oleh Majalah Forbes untuk tahun 2021. Antara faktor utama kekayaan adik-beradik ini ialah sebagai pemegang saham terbesar dalam kumpulan syarikat mereka itu.

Jumlah kekayaan mereka kini dianggarkan bernilai sekitar US$ 2.7 bilion.

3. Raih RM 1.5 bilion

Mr DIY Group M Bhd membuat kemunculan kali pertama dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Oktober 2020 dengan harga permulaan RM 1.60 sesaham.

Tawaran Awam Permulaan (IPO) MR DIY merupakan antara penyenaraian terbesar di Bursa Malaysia.

Lebih RM 1.5 bilion dapat diraih hasil dari IPO tersebut.

4. 1600 cawangan di seluruh dunia

Antara anak syarikatnya yang lain ialah MR TOY dan MR Dollar.

Setakat ini lebih 1600 cawangan kedai ini di seluruh Malaysia. Ini termasuklah cawangan di Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina, India dan Kemboja.

5. e-dagang

Lebih RM 5 juta telah dilaburkan oleh syarikat ini untuk pembinaan gudang robotik di Seri Kembangan, Selangor.

Gudang robotik ini berkeluasan 65,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan robot yang dapat diprogramkan.

Tujuannya adalah untuk memenuhi pembelian dalam talian dengan lebih cepat  dan cekap berbanding dengan sistem manual sedia ada.

 

Siapa sangka dengan hanya bermula sebagai kedai jual barangan hardware kecil-kecilan boleh melahirkan individu baru terkaya di Malaysia?

Kongsi Melalui:

Related Posts